Karakter dan pelakon suara The Witcher: Nightmare of the Wolf diperkenalkan

Menjelang tayangan perdana bagi prekuel siri The Witcher iaitu The Witcher: Nightmare of the Wolf pada 23 Ogos, Netflix kini mendedahkan barisan karakter, biografi dan pelakon suara tambahan untuk siri itu.

Penceritaan dunia The Witcher ini berlaku sebelum Geralt, iaitu melibatkan mentornya, Vesemir, seorang ahli sihir  muda yang melarikan diri daripada kemiskinan dengan memburu raksasa untuk mendapatkan duit.

Tetapi, akibat munculnya raksasa baru yang aneh, mula melakukan kekacauan, Vesemir terpaksa menghadapi satu pengembaraan menggerunkan yang memaksa dirinya menentang syaitan masa lampaunya.

The Witcher: Nightmare of the Wolf ini ditulis dan diterbit oleh Beau DeMayo dan diterbit bersama Showrunner The Witcher dan Penerbit Eksekutif, Lauren Schmidt Hissrich. Siri ini diarah oleh Kwang Il Han daripada Studio Mir.

Barisan karakter untuk The Witcher: Nightmare of the Wolf

Vesemir

Membesar sebagai hamba bagi seorang bangsawan, dan bekerja setiap hari untuk sedikit wang. Dia berusaha untuk bebas dan mula mengembara di Continent untuk mencari takdir hidupnya. Suara Vesemir akan dilakon oleh Theo James untuk versi Bahasa Inggeris dan Yuuya Uchida bagi bahasa Jepun.

Manakala watak kanak-kanak Vesemir akan dilakonkan oleh David Errigo Jr. dan Daiki Yamashita.

Tetra Gilcrest

Seorang ahli sihir yang percayakan magis menghubungkan semua keindahan. Tetra dan pengikutnya berusaha melindungi Continent dengan memastikan magis tidak disalahguna. Watak ini dilakonkan oleh Lara Pulver dan Mie Sonozaki.

Lady Zerbst

Seorang bangsawan yang mewarisi kedudukan suaminya sebagai badan penasihat raja. Dia kemudiannya menjadi penasihat yang paling dipercayai raja dan penyokong kepada ahli-ahli sihir. Suara Lady Zerbst dipinjam daripada Mary McDonnell dan Yukari Nozawa.

Deglan

Membesar sebagai orang gasar di Skellige Isle dan merupakan seorang ketua bagi ahli sihir. Dia sangat setia dengan rakan-rakannya dan akan melakukan apa saja demi mempertahankan mereka. Graham McTavish dan Masafumi Kimura akan melakonkan suara Deglan.

Filavandrel

Raja bunian yang diturunkan takhta daripada Blue Mountain dan rakan baik Vesemir. Dia juga dikenali sebagai Filavandrel of the Silver Towers. Suara Filavandrel akan dilakonkan oleh Ton Canton dan Motoyuki Kawahara.

Luka

Ahli sihir yang pesimistik, yang tidak gemarkan kerjayanya dan berlatih bersama Vesemir dan Sven. Tidak seperti ahli sihir lain, dia tidak pernah belajar untuk sukakan kerjayanya. Mungkin sikap pesimisnya adala hsebagai perisai atau mungkin itu apa yang benar-benar dia rasakan.

Namun, Luka juga seorang yang lantang bersuara dan hampir meletaknya dalam situasi bahaya.

Suara Luka akan dilakonkan oleh Matt Yang King.

The Witcher: Nightmare of the Wolf akan mula ditayangkan di Netflix bermula 23 Ogos ini. 

RELATED NEWS

+