Netflix mahu buka studio permainan video mereka sendiri

Pelaburan terhadap permainan video diteruskan oleh Netflix dengan membuka studio pembinaan permainan video mereka.

Setakat ini, syarikat itu hanya membeli studio permainan video yang tersedia untuk dilaburkan.

Baru-baru ini mereka membeli sebuah studio dari Helsinki yang dipanggil Next Games.

Netflix kini mempunyai 20 permainan video mudah alih yang boleh dimain oleh semua pelanggan Netflix.

Mereka mengjangkakan 50 permainan video akan dikeluarkan nanti.

“Hal ini masih dalam fasa awal dan Netflix akan cuba memberikan pengalaman permainan video terbaik,” ujar Amir Rahimi, Naib Presiden permainan video Netflix.

Netflix akan memastikan tiada iklan dan pembelian dalam permainan video.

Anda boleh melihat permainan video yang ada di aplikasi Netflix dan muat turun dari situ.

Rujukan: CNBC

RELATED NEWS

+