Netflix umum Arcane musim kedua

Selepas tayangan tiga episod Act 3 pada hujung minggu lepas, pihak Netflix dan Riot mengumumkan bahawa Arcane akan kembali buat musim kedua!

Meskipun belum ada perincian mengenai musim baharu siri animasi League of Legends itu, ia sudah disahkan lakon suara oleh pelakon Hailee Steinfeld sebagai Vi, Ella Purnell sebagai Jinx dan Katie Leung sebagai Caitlyn Kiramman akan dikekalkan. 

Semasa tayangan perdana pada 7 November lalu, Arcane menerima sambutan yang sangat baik daripada pelbagai pihak dan menjadikan ia rancangan TV terbaik yang dihasilkan Netflix.

Bahkan, IGN juga memberikan skor 10/10 sebagai, “Adaptasi permainan video yang terbaik, menjadi permulaan baru untuk sebarang kemungkinan di dalam animasi TV,”

Musim kedua Arcane akan terus dibawa oleh Riot Games dan hasil animasinya akan menerima sentuhan Fortiche Production. Siri ini dihasilkan oleh Christian dan Alex Yee di mana Linke akan bertindak sebagai penerbit eksekutif disamping Marc Merrill, Brandon Beck, Jane Chung dan Thomas Vu.

Di samping itu, anda sebagai peminat Arcane juga masih lagi berpeluang untuk menikmati sambutan Riot X Arcane yang akan berakhir 30 November ini dan anda berpeluang menerima ganjaran menarik.

Artikel ini disunting dan diterjemah daripada IGN SEA

RELATED NEWS

+