Karakter DLC Dragon Ball FighterZ Seterusnya Adalah Fused Zamasu

Karakter Dragon Ball FighterZ (DLC) seterusnya adalah Fused Zamasu!

Shonen Games berkongsi scan dari majalah V-Jump di Twitter yang menunjukkan satu halaman lengkap khas untuk Fused Zamasu dan skilnya bersama logo Dragon Ball FighterZ di depan dan tengah. Info tertiris ini pastinya mengesahkan karakter itu akan hadir tak lama lagi.

Nama skil Fused Zamasu bagaimanapun tak didedahkan dalam majalah jadi masih tidak pasti bagaimana kombonya tapi skilnya nampak awesome. Di bawah halaman majalah, menunjukkan bagaimana level-3 Super Fused Zamasu di samping beberapa skil dalam moveset

Berbeza dengan fighter lain, Fused Zamasu akan mempunyai kebolehan untuk mengawal pergerakan di udara. Fighter itu akan mempunyai stance terapung untuk terus kekal di udara dan bergerak dalam 8 haluan berlainan.

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+