Bandai Namco mengumumkan bahawa mereka akan menamatkan semua jualan permainan Jump Force, DLC dan mata wang digital permainan itu bermula dari 8 Februari 2022 merentas semua platform yang tersedia. Sementara itu, perkhidmatan dalam talian Jump Force akan tamat mulai 24 Ogos 2022.
Our sincere thanks goes out to all Jump Force players and fans for their support; but with all good things, they must come to an end.
Jump Force’s availability through digital purchase in the Americas will end on 2/7/2022 at 5 PM PST. pic.twitter.com/upzmWbqmcP
— Bandai Namco US (@BandaiNamcoUS) November 10, 2021
Selepas 8 Februari 2022, kandungan berikut tidak lagi tersedia untuk pembelian secara digital:
- Jump Force (PS4, Xbox One dan PC)
- Jump Force Deluxe Edition (Nintendo Switch)
- Pek Watak Jump Force 1 hingga 14
- Pas Watak Jump Force 1 hingga 2
- JF Medal
Pada 24 Ogos 2022, beberapa perkhidmatan dalam talian akan diberhentikan dan tidak lagi boleh diakses. Perkhidmatan-perkhidmatan itu adalah seperti berikut:
- Log masuk ke lobi multiplayer
- Acara dalam talian
- Fungsi clan
- Melihat Papan Kenyataan
- Melihat papan kedudukan
- Menerima Ganjaran daripada Reward Center
- Kedai dalam permainan
- Kedai Premium (hanya fungsi ini akan tersedia sehingga 1 Ogos 2022)
- Perlawanan Kedudukan Dalam Talian
Walau bagaimanapun, kandungan luar talian, pertempuran dalam talian kecuali ranked, dan DLC jika dibeli sebelum ia dihentikan masih akan tersedia untuk digunakan.
Bandai Namco tidak mendedahkan mengapa mereka membuat keputusan sedemikian. Namun, penulis percaya bahawa ia adalah berpunca dari resepsi yang kurang hangat sewaktu pelancaran dan pangkalan pemain yang kurang memberangsangkan.