KBS memperkenalkan Pelan Esukan Nasional

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memperkenalkan sebuah inisiatif baru iaitu Esports Integrated (ESI) yang dikuasakan oleh Impact Integrated.

Intipati penting bagi Pelan Esukan Nasional ini antaranya menyentuh aspek-aspek berikut:

  • Sebuah platform digital yang digunakan sebagai pusat ekosistem Esukan negara merangkumi fungsi ‘tournament engine’ secara dalam talian.   
  • Melancarkan Litar Esukan Malaysia yang terdiri daripada Kejohanan Esukan Malaysia dan Liga Esukan Malaysia dengan sistem pengumpulan mata yang berpusat di platform.
  • Menjalankan Siri Persidangan Esukan sebagai acara tahunan dengan edisi pertama yang dijadualkan pada akhir tahun ini. 
  • Menyokong rangka kerja dan garis panduan yang lebih baik untuk mendorong perubahan positif dalam industri. 

“KBS telah menyerahkan mandat kepada Impact Integrated untuk menerajui ESI bagi memangkin pertumbuhan industri esukan yang rancak, mampan dan inklusif di Malaysia,” kata Menteri Belia dan Sukan, YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican.

Selain pelan nasional, hab esukan rasmi milik KBS juga akan dibina di Spacerubix, Puchong pada tahun depan. Hab tersebut bukan sekadar untuk acara dan kejohanan e-sukan tapi juga pusat latihan.

Majlis dirasmikan oleh YB Menteri yang bertempat di Majestic Hotel, Kuala Lumpur.

Berita lanjut menyusul..

RELATED NEWS

+