Hannah Yeoh kini Menteri Belia dan Sukan Malaysia

Pengumuman senarai anggota kabinet yang memegang jawatan penting kerajaan sudah pun diumumkan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi. 

Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh Tseow Suan kini sah dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

Mengikut pembentangan Bajet 2023, bekas Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul, kerajaan memperuntukkan RM13 juta.

Untuk makluman, bekas menteri KBS, Syed Saddiq juga pernah beberapa kali menawarkan fasiliti dan bantuan dari kerajaan bagi membantu atlet-atlet e-sukan serta inisiatif untuk mengembangkan e-sukan di Malaysia. Antara initiatif itu adalah:

  • YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pernah berucap mengenai pembinaan stadium e-sukan. Dia berkata, perancangan untuk membina stadium e-sukan ini akan dimulakan dengan Stadium Raja Muda sebagai lokasi yang paling tepat.

  • YB Saddiq juga menyatakan hasrat kementeriannya untuk memulakan bandar hiburan digital pertama di Jalan Ipoh dengan kerjasama Razer Inc dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC). 

  • Malaysia akan menjadi hub e-sukan juga antara harapan dan cita-cita yang ditanam oleh YB Syed Saddiq sebagai menteri KBS waktu itu.
  • Di bawah kepimpinan YB Syed Saddiq, pembentangan belanjawan 2020 negara menyaksikan kenaikan sebanyak 5 juta kepada bajet e-sukan dan menjadikan jumlah bajet sebanyak rm20 juta berbanding tahun 2019.
  • KBS juga pernah mencadangkan untuk menganjurkan sistem liga bagi e-sukan untuk melahirkan lebih ramai atlet negara yang berdaya saing di dalam dan di luar negara ketika ditanya tentang bajet 2020 yang menyaksikan peruntukan sebanyak rm20 juta kepada e-sukan.

Apakah inisiatif ini dapat diteruskan atau ditimbang tara nanti? Sama-sama kita nantikan.

Foto: StudyInternational.com

RELATED NEWS

+