KBS memperuntukan RM250,000 untuk Dana E-sukan KBS

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) baru-baru ini mengumumkan peruntukan dana untuk e-sukan Malaysia.

KBS dan Esports Integrated (ESI) memperkenalkan peruntukan ini khas untuk komuniti dan industri esukan.

Dana E-Sukan KBS ini bertujuan untuk memberi galakan kepada penggiat industri e-sukan tempatan supaya menganjurkan lebih banyak program, pertandingan dan acara e-sukan.

Peruntukan ini adalah untuk pertubuhan kecil, kelab, persatuan dan syarikat yang memerlukan bantuan dana bagi penganjuran program, pertandingan dan acara e-sukan.

Ini adalah skop permohonan yang boleh dipohon:

a. Pengelolaan pertandingan atau liga yang tidak bersaing dengan permohonan dana KBS yang lain seperti Geran Padanan Sukan (GPS) dan Dana Sukan Komuniti (DSK)
b. Persediaan atlet untuk menyertai pertandingan esukan selain sukan temasya dan sukan tempatan yang dianjurkan oleh pihak kementerian atau agensi kerajaan
c. Program pembangunan kapasiti seperti bengkel, latihan, forum atau persidangan
d. Pameran dan pesta esukan
e. Penyiaran kandungan esukan (berkaitan dengan Pelan Strategik Pembangunan Sukan Elektronik KBS 2020-2025 dan Garis Panduan Pembangunan Sukan Elektronik Kebangsaan (NESDEG)
f. Hadiah untuk pertandingan yang dijalankan oleh penganjur
g. Pembiayaan visa

Jumlah keseluruhan peruntukan Dana Esukan KBS adalah sebanyak RM250,000 dengan jumlah maksima peruntukan sebanyuak RM25,000 sahaja.

Terdapat juga beberapa syarat yang perlu dipatuhi untuk memohon dana ini.

Permohonan hanya dibuka sehingga 30 November tahun ini sahaja.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman rasmi Esports Integrated (ESI).

RELATED NEWS

+