Pulau Pinang memenangi kategori Mobile Legends dalam MEL21

Dalam kejohanan Malaysia Esports League (MEL21) yang berlangsung semalam untuk kategori Mobile Legends, nampaknya pasukan Pulau Pinang berjaya mendominasi perlawanan dan seterusnya meraih gelaran juara sulung.

Mereka berjaya menewaskan Terengganu dengan kemenangan bersih 3-0. 

Pasukan itu yang dianggotai pemain berpengalaman antaranya pemain Liga Profesional (MPL MY) musim kelapan iaitu Zacus dari RSG MY dan Minn dari Orange Esports. Ia turut dianggotai oleh Abey yang juga pemenang banyak kejohanan peringkat kampus.

Mereka turut memenangi sebahagian besar dari keseluruhan RM200,000 hadiah terkumpul yang dipertandingkan bagi empat kategori iaitu Dota 2, MLBB, FIFA21 dan PUBG Mobile.

“Terima kasih kepada penyokong Pulau Pinang kerana menyokong kami. Daripada bawah Insya-Allah kami akan buat lagi (bertanding lagi).

“Inilah muka-muka yang akan bawa nama Pulau Pinang dalam kejohanan lain nanti,” kata Zacus.

Saksikan livestream semalam di Facebook My Game On atau lihat pautan video di bawah:

Sebanyak 16 pasukan bertanding yang mana 13 negeri dan 3 wilayah persekutuan menghantar wakil masing-masing.

Liga ini bertujuan mencari bakat-bakat baru dalam e-sukan. Ia dianjurkan oleh Esports Integrated (ESI) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Persatuan-Persatuan Esukan Negeri dan Wilayah Persekutuan.

RELATED NEWS

+