Keanu Reeves Hampir Muncul Dalam Death Stranding, Tetapi Hideo Kojima Pilih Mads Mikkelsen

Mads Mikkelsen tetapi menjadi pilihan hati Hideo Kojima.

Pencipta siri Metal Gear dan pengarah Death Stranding, Hideo Kojima hadir bersama-sama pengarah filem, Nicolas Winding Refn untuk sebuah panel bertajuk Master Storyteller di San Diego Comic Con bagi membincangkan lebih lanjut tentang game eksklusif PS4 ini.

Menurut tweet oleh @kalai_chik, Kojima mendedahkan Keanu Reeves hampir dipelawa masuk ke dalam Death Stranding yang mana sebelum Reeves jadi bintang utama dalam Cyberpunk 2077. Namun, Kojima mahukan Mikkelsen untuk memegang watak Cliff. Nicolas turut muncul sebagai Heartman dalam game aksi ini.

Buat pengetahuan korang, Kojima merupakan peminat besar Mads yang terkenal dengan watak sebagai Dr. Hannibal Lecter dalam rancangan TV, Hannibal. Malah, beliau pernah berborak bersama Mads tentang karier perfilemannya dalam video berjudul, National Denmark’s Mads Mikkelsen.

Death Stranding pernah menimbulkan banyak spekulasi dan persoalan tentang cara keseluruhan permainan ini tetapi selepas trailer terbaru muncul pada bulan Mei lepas, game ini berdasarkan perhubungan dan pemain mengikuti Sam Bridges dilakonkan oleh Norman Reedus dalam perjalanannya ‘menghidupkan’ tamadun telah ranap dengan membentuk perhubungan erat antara pemain lain di seluruh dunia.

Kojima menjelaskan ia amat penting bagi beliau untuk mencipta sesuatu baru berbanding karya-karyanya sebelum ini dan game ini berdasarkan pengalamannya menubuhkan syarikat Kojima Productions selepas meninggalkan Konami.

Kojima juga sempat ‘perli’ trend game battle royale, “Bila saya memula produksi sendiri, perkara paling senang saya boleh buat ialah buat game yang mana semua orang di satu pulau dan tembak antara satu sama lain.”

Pada masa yang sama, panel ini turut menunjukkan cover art rasmi untuk Death Stranding. Korang boleh lihat di bawah:

Ini adalah untuk versi standard cover art.

Ini adalah steelbook cover art yang dihasilkan oleh Kojima sendiri.

Death Stranding akan dilancarkan pada 8 November 2019 eksklusif di PS4.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

Gambar utama: BBC (diambil daripada Twitter Hideo Kojima)

RELATED NEWS

+