Kejohanan Unipin Ladies musim kedua kini kembali, menawarkan prizepool lebih tinggi

Berita baik buat semua pemain profesional MLBB wanita di Malaysia kerana kejohanan siri Unipin Ladies musim kedua akan kembali pada bulan Mei ini.

Pertandingan Ladies Series MYSG 2022 akan menjadi kejohanan kedua yang dilangsungkan di Malaysia dan Singapura oleh UniPin, setelah kejohanan pertama berjaya dilangsungkan pada Oktober (2021) tahun lepas.

UniPin Ladies Series bukan sekadar kejohanan esukan, malah juga pentas yang sesuai bagi pemain wanita di Malaysia untuk memasuki arena pertandingan dan bertindak sebagai batu loncatan bagi pemain wanita professional agar mencapai keterampilan baharu di Asia Tenggara.

Debora Imanuella, SVP Komuniti UniPin, menerangkan bahawa UniPin Ladies Series MYSG akan membuka laluan untuk lebih banyak pasukan wanita untuk bertanding dalam arena e-sukan Malaysia.

“Kami sangat gembira kerana dapat mempersembahkan peluang bagi semua pemain wanita di Malaysia untuk bertanding dan menunjukkan kebolehan mereka dengan yakin,” katanya.

Kesemua kumpulan peserta akan bersaing untuk merebut hadiah keseluruhan berjumlah RM7,500, lebih tiga kali ganda tahun sebelumnya, iaitu RM2,000 hadiah kejohanan.

Tambahan pula, kumpulan terbaik daripada UniPin Ladies Series MYSG di Malaysia dan Singapura akan menjadi wakil negara masing-masing dalam UniPin Ladies Series Southeast Asia Invitational.

Pendaftaran bagi kejohanan ini akan dibuka dari 21 April hingga 10 Mei 2022 dan boleh diakses melalui https://www.seaca.gg/.

Peringkat kelayakan akan berlangsung bermula 12 Mei hingga 14 Mei 2022. Manakala, musim biasa dijadualkan bermula 19 Mei hingga 4 Jun, diikuti peringkat play-off dari 10 hingga 19 Jun.

Oleh kerana wabak pandemik yang masih berterusan, kejohanan ini akan dilangsungkan secara atas talian, dan akan disiarkan menerusi akaun YouTube, laman FB dan platform TikTok UniPin Malaysia.

Semua perlawanan UniPin Ladies Series MYSG 2022 boleh diakses melalui www.youtube.com/UniPinGaming. Butiran dan maklumat lanjut boleh didapati di www.seaca.gg ataupun di Instagram @unipin_malaysia, @unipincommunity, dan @unipinladiesseries.

UniPin Ladies Series MYSG 2022 ini juga disokong oleh TikTok, rakan kongsi penstriman rasmi serta eGG Network, mStar and Tech Storm, sebagai rakan media sokongan, yang berkongsi nilai dan misi mempromosikan keterangkuman dan kepelbagaian dalam industri esukan.

UniPin memudahkan pemain di Asia Tenggara untuk mencapai tambah nilai yang lebih mudah dan menganjurkan beberapa pertandingan wanita-sahaja dengan jayanya di pelbagai negara di Asia Tenggara.

Pasukan Please Sponsor Us menjuarai siri pertama Kejohanan UniPin Ladies MY/SG pada tahun lepas manakala Rose Ophelia sebagai naib juara.

Atas sebab tertentu, juara tidak dapat hadir ke peringkat Asia Tenggara lalu slot itu diberikan kepada naib juara, Rose Ophelia. 

RELATED NEWS

+