Nampaknya ada lagi kelab bola sepak negara yang berminat untuk menceburi bidang e-sukan.
Selepas JDT FC, kini giliran pasukan pantai timur The Red Warriors FC (TRW FC) ceburi bidang e-sukan
“Kami bersetuju untuk mewujudkan pasukan e-sukan TRW dan dijadikan sebagai salah satu cabang perniagaan utama The Red Warriors FC Berhad,”
Pengumuman ini didapati dari laman sosial Facebook pemilik kelab Kelantan TRW FC.
Setakat ini masih belum ada lagi pengumuman permainan video apa yang bakal disertai oleh TRW FC dan berkemungkinan besar adalah FIFA, E-Football, PUBG Mobile dan Mobile Legends: Bang Bang.
Moga industri e-sukan untuk negara diiktiraf lebih ramai lagi orang dalam industri berbeza untuk menceburi bidang e-sukan.
Demi E-sukan negara!
Rujukan: Facebook