realme komited menjadi jenama telefon pintar yang akan menyokong industri e-sukan

Pengurus produk realme Malaysia, Sean Tan, menyatakan bahawa realme akan menjadi sebuah jenama telefon pintar yang akan sentiasa menyokong industri e-sukan di Malaysia.

“realme sentiasa akan menjadi jenama dan telefon pintar yang mendukung anak muda dalam e-sukan di Malaysia. Memandangkan slogan jenama kami adalah “dare to leap,” jelas bahawa kami adalah sebuah syarikat yang sangat berdedikasi.

“Kami sangat positif untuk menjadikan teknologi canggih kami ini, boleh digunakan oleh golongan belia. Untuk menghasilkan produk yang lebih baik, kami akan menghasilkan lebih banyak lagi produk yang menarik dan berkualiti secara berterusan,” katanya ketika ditemui MyGameOn.

Sean juga mengatakan bahawa e-sukan akan berkembang dengan sangat pesat untuk lima tahun akan datang.

“Saya fikir e-sukan di Malaysia sangat bagus, termasuk di rantau Asia Tenggara. Industri e-sukan akan berkembang pesat dalam beberapa tahun ini dan menjelang 2025, pasaran permainan mudah alih untuk Asia Tenggara dijangka akan bernilai lebih RM29 billion.

“Kami lebih berdedikasi berbanding sebelum ini untuk menjadikan e-sukan lebih inklusif dan menyeronokkan melalui telefon pintar realme, dan kami sudah berjaya dengan siri GT kami,” katanya.

Baru-baru ini realme baru sahaja mengeluarkan telefon pintar terbarunya, realme GT Neo 3.

realme GT Neo 3, menawarkan cip pemprosesan 5G MediaTek Dimensity 8100 yang pertama di Malaysia.

Anda semua boleh membeli telefon pintar ini di realme Flagship Store Lazada atau di kedai rasmi realme.

realme juga menjadi penaja rasmi bagi Liga Profesional PUBG Mobile (PMPL) SEA 2022 dan menganjurkan liga mereka sendiri iaitu realme League 2022.

RELATED NEWS

+