Minat gaming dan e-sukan? Jom sertai jadi penulis kami!

Minat main game, selalu ikut perkembangan e-sukan dalam dan luar negara? Inilah peluang anda! Di MyGameOn, kami mencari seorang individu yang berkebolehan dan mempunyai minat yang mendalam untuk gaming dan e-sukan.

Nak tahu adakah anda calon yang sesuai untuk pekerjaan ini? Jom ikuti kriteria di bawah dan jangan lupa, emelkan CV anda ke [email protected]

 

Penulis/Wartawan, Bahasa Melayu

 

Posisi: Penulis/Wartawan, Bahasa Melayu (Digital Media)

Unit: Gaming Content, REV Media Group (MyGameOn)

Kualifikasi dan Pengalaman: minimum Diploma dalam bidang berkaitan. Minimum 1 tahun pengalaman sebagai penulis untuk kandungan digital. Mempunyai pengetahuan mendalam tentang e-sukan dalam dan luar negara.

Deskripsi Tugas:

1) Menulis, menyunting dan menyemak artikel (keutamaan pada e-sukan)

2) Bekerjasama dengan jurufoto, unit pemasaran, media sosial dan pereka grafik serta unit produksi.

3) Mengendalikan platform media sosial MyGameOn (Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram).

4) Menemubual sumber dan menyiapkan tugasan diberikan.

5) Menterjemah artikel permainan video IGN dari English ke BM.

6) Membantu menghasilkan skrip dan papan cerita (storyboard).

7) Mengawasi setiap kempen tajaan – dari permulaan hingga pengakhiran dan bekerjasama dengan unit berkaitan.

8) Memastikan kandungan tajaan menepati deadline dan memenuhi permintaan daripada klien.

9) Mengawasi, menganalisis dan melaporkan prestasi artikel secara langsung dan pengaliran trafik bagi MyGameOn menerusi Google Analytics, CrowdTangle and lain-lain.

 

Kriteria dan Kemahiran:

• Mahir dalam menulis, menyemak dan menyunting artikel dalam Bahasa Melayu.
• Wajib mempunyai pengetahuan dalam gaming dan e-sukan
• Berpengalaman menggunakan digital CMS.
• Tahu perkembangan komuniti gaming tempatan/antarabangsa.
• Mempunyai kemahiran yang tinggi bagi aspek kreatif, analitikal dan organisasi.
• Boleh bekerja dengan deadline yang mencabar.
• Mempunyai kemahiran penyampaian yang baik.

Apa tunggu lagi, apply lah dengan segera!

RELATED NEWS

+