‘Keluarga masih selamat di Ukraine’ – Asuna, Pemain Profesional VALORANT 100 Thieves

Peter “Asuna” Mazuryk adalah pemain profesional VALORANT kelahiran Ukraine dan bermain untuk pasukan 100 Thieves.

Apa yang berlaku sekarang di Ukraine sangat merisaukan dan menggemparkan satu dunia apabila Rusia bertindak untuk menyerang Ukraine.

Ukraine mahu mendapatkan kemerdekaan dari Rusia tetapi ditolak oleh Vladimir Putin.

Ramai menanyakan Asuna yang mempunyai keluarga di Ukraine.

“Saya menghargai semua orang yang menghantar mesej kepada saya. Semua ahli keluarga saya masih selamat untuk sekarang ini. Perkara ini sangat mengejutkan sekarang dan saya berdoa kepada semua orang di Ukraine.”

Moga keluarga Asuna selamat di Ukraine sekarang dan hasil serangan ini tidak akan membawa berita buruk kepadanya.

RELATED NEWS

+