Kemaskini “Desolation” No Man’s Sky kini boleh dimain

Studio Hello Games telah melancarkan kemaskini terbaru untuk permainan video mereka No Man’s Sky yang bertajuk Desolation. Ia memperkenalkan pelbagai kandungan baharu yang amat menarik.

Trailer kemaskini tersebut yang dimuat naik semalam mempertunjukkan atmosfera yang lebih menumpukan aspek seram. Antara penambahan utama ialah pemain boleh mengembara ke kapal kargo angkasa yang terbengkalai untuk mendapatkan ganjaran hebat.

Dalaman setiap kapal-kapal tersebut dihasilkan secara prosedural dan juga mengandungi spesis makhluk asing yang merbahaya. Selain itu, sistem-sistem penting seperti sokongan hidup dan graviti juga tidak berfungsi lagi.

Terdapat banyak lagi perkara yang diperkenalkan dalam kemaskini ini. Jika anda ingin membaca semua nota kemaskini, anda boleh mendapatkan maklumat tersebut di laman web rasmi No Man’s Sky.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+