Kemaskini Firmware PS4 dilaporkan menghalang konsol daripada terus rosak

Kemas kini firmware PlayStation 4 9.00 dilaporkan menghalang bateri konsol daripada mengganggu kemampuan PS4 untuk bermain permainan.

Seperti yang dilaporkan oleh GameSpot, ada ura-ura cerita pada awal tahun ini di laman web seperti Ars Technica bahawa bateri yang menghidupkan jam di setiap konsol PlayStation 3 dan PlayStation 4 akan mencegah konsol tidak dapat bermain permainan.

Ini kerana konsol menggunakan jam dalaman mereka sendiri untuk mengesahkan maklumat trofi PlayStation, jika bateri pada jam itu habis maka konsol dilaporkan tidak akan dapat memulakan permainan.

Bateri dalaman (CMOS) ditandakan dengan bulat merah

Saluran YouTube Modern Vintage Gamer mengeluarkan bateri itu dari PlayStation 4 dengan kemas kini firmware 9.00 dan mendapati bahawa permainan dapat dimainkan. Tidak ada maklumat rasmi dari PlayStation mengenai masalah ini.

DualShockers mempunyai nota kemas kini rasmi untuk Firmware 9.00 dan tidak ada sebarang nota perubahan pada bateri konsol.

Namun dilaporkan ada perubahan pada bahagian Trophy. Pengguna PlayStation 4 kini dapat melihat trofi PlayStation 5 di konsol mereka di bahagian Trophy dan di bawah profil di tab Games.

Terdapat juga perubahan pada Messages di mana pemilik kumpulan kini dapat menghapus kumpulan. Juga, jika anda menyekat pengguna lain yang anda kongsi dengan kumpulannya, maka anda akan mempunyai pilihan untuk mengeluarkan diri anda dari kumpulan yang dikongsi dengan mereka.

Sony juga menambahkan kemampuan untuk menggunakan Remote Play pada peranti iOS atau Android menggunakan data mudah alih dan membuat perubahan pada fungsi Parental Controls.

Artikel ini diterjemah dari IGN SEA. Artikel asal boleh dibaca di SINI.

RELATED NEWS

+