Horizon Zero Dawn adalah antara permainan genre pengembaraan dunia terbuka yang mempunyai jalan cerita yang amat mempesonakan. Permainan ini juga sering dicadangkan setiap kali terdapat Steam Sales. Salah satu sebabnya kerana permainan ini sangat berbaloi pada harga yang pernah ditawarkan.
Kini, permainan itu meningkat harga pada kadar yang tidak masuk akal.
Pada asalnya, permainan itu hanyalah bernilai RM80 sebelum ini, tetapi kini ia disenaraikan dengan harga RM209 di Steam Store.
Komuniti menyangkakan ini adalah pepijat yang tidak sengaja menaikkan harga permainan ini sebanyak 161% tetapi pemain di luar negara juga melaporkan perkara yang sama.
Graf dibawah menunjukkan harga yang normal beberapa bulan lalu.
Para pemain sudah tentu membalas dengan penuh kemarahan. Ada juga yang menegaskan bahawa langkah sedemikian di pihak Sony mungkin hanya mendorong orang ramai untuk cetak rompak.
Punca kenaikan harga yang dramatik ini masih tidak jelas, tetapi langkah itu nampaknya bertujuan untuk mewujudkan penetapan harga global yang konsisten. Idea pada asasnya ialah Sony mendapat jumlah wang yang sama dalam jualan tanpa mengira di mana permainan itu dibeli.
Penetapan harga dalam erti kata lain bukan mencerminkan keadaan pasaran tempatan atau kekuatan ekonomi tertentu. Masalahnya ialah, Horizon Zero Dawn menjadi tidak mampu dimiliki oleh ramai orang di seluruh dunia dalam sekelip mata.
Sumber rujukan: SteamDB