Diablo IV Open Beta akan dimulakan pada 24 Mac ini

Berita baik buat peminat-peminat Diablo IV.

Beta terbuka Diablo IV akan dimulakan tidak lama lagi dan boleh dimainkan di kesemua platform Windows PC, Xbox Series X|S, Xbox One, PlayStation 5 dan PlayStation 4.

Buat yang sudah membuat pra-tempah Diablo IV, anda akan mendapat Akses Awal kepada beta bermula 17 Mac-19 Mac ini.

Beta terbuka ini akan hadir untuk semua bermula 24 Mac-26 Mac ini.

Anda boleh muat turun Diablo IV di platform Battle.net.

Diablo IV akan dilancarkan pada 6 Jun ini.

RELATED NEWS

+