Kemaskini Genshin Impact V2.8 – Shikanoin Heizou, Kazuha dan teaser Sumeru

HoYoverse kini mengumumkan kemaskini Genshin Impact V2.8 akan datang dengan “Summer Fantasia” yang akan keluar pada 13 Julai ini.

Kemaskini ini akan mempunyai kawasan acara baru, penceritaan baharu dan sudah pasti banyak teka-teki dan harta karun baharu.

Shikanoin Heizou

Karakter baharu 4 bintang juga akan dikeluarkan iaitu Shikanoin Heizou yang juga karakter lelaki pertama dengan senjata catalyst dengan elemen Anemo (Angin).

Heizou akan menyerang menggunakan tumbukan dan tendangan yang mempunyai elemen Anemo.

Golden Archipelago

Golden Archipelago kini kembali dengan acara baru dan bakal menjadi penceritaan yang penting untuk versi 2.8 ini.

Skin Outfit Diluc dan Fischl

Diluc menjadi karakter Lima Bintang kedua selepas Jean dengan skin tetapi ini adalah kali pertama skin yang mempunyai efek particles dikeluarkan dengan gaya baharu.

Fischl juga akan mendapat skin baharu dan boleh didapatkan secara percuma sepanjang acara V2.8 ini.

Berkemungkinan besar kemaskini ini adalah yang terakhir sebelum kemaskini besar seterusnya iaitu Sumeru negara ke-4 dalam Teyvat selepas Inazuma.

Sumeru

Sumeru adalah negara ke-4 selepas Inazuma yang akan dikeluarkan dan negara itu adalah berdasarkan Timur Tengah jadi banyak konsep-konsep negara arab akan ada untuk negara itu.

Negara ini juga terkenal dengan hutan-hutan dan padang pasir.

Jangan lupa Versi 2.8 ini akan dikeluarkan pada 13 Julai ini.

RELATED NEWS

+