Kolaborasi Genshin Impact dengan Horizon Zero Dawn – Aloy dan tiga karakter baru Inazuma diperkenalkan

Selepas mendapat kemas kini besar Inazuma untuk Versi 2.0 tiga hari lepas, Genshin Impact mengejutkan para peminat dengan kolaborasi pertama mereka iaitu dengan Horizon Zero Dawn.

Image

Setiap pemain Genshin Impact di PlayStation 4 dan PlayStation 5 akan mendapat Aloy, pemburu lagenda dari Horizon Zero Dawn dan akan datang ke Genshin Impact sebagai karakter Cryo (Ais) Lima Bintang mulai Versi 2.1.

Bagi pemain di platform lain anda akan mendapat Aloy pada Versi 2.2 nanti.

Tidak lupa juga semalam miHoYo telah mengumumkan tiga karakter baru untuk versi 2.1 nanti iaitu Raiden Shogun, Kujou Sara dan Sangonomiya Kokomi.

Raiden Shogun

Image

Raiden Shogun adalah Archon ketiga yang diperkenalkan dengan elemen Electro (elektrik) untuk dunia Teyvat selepas Venti dan Zhongli.

Di dalam Genshin Impact, Raiden sudah membuat akta Vision iaitu sesiapa yang mempunyai kuasa Vision (elemen), haknya akan dirampas oleh kerajaan Inazuma.

Masih tidak ada lagi sebab mengapa Raiden membuat akta Vision ini. Nantikan nanti.

Kujou Sara

Image

Kujou Sara pula adalah karakter baru dari Inazuma dengan elemen Electro. Dia adalah Jeneral untuk Suruhanjaya Tenryou.

Juga karakter yang begitu setia dengan Electro Archon Raiden Shogun.

Sangonomiya Kokomi

Image

Sangonomiya Kokomi adalah karakter Hydro (Air) baru dari Inazuma. Dia juga seorang pendeta dan juga ketua untuk Pulau Watatsumi

Setakat ini sahaja pengumuman dari miHoYo mengenai karakter-karakter ini.

Nanti mereka nanti untuk Versi akan datang Genshin Impact.

RELATED NEWS

+