3 karakter Sumeru dan Elemen Dendro baharu diperkenalkan dalam Genshin Impact

Sumeru kini sudah hampir untuk ke dunia Teyvat Genshin Impact.

Ia adalah negara ke-4 selepas Inazuma dan nampaknya HoYoverse akan memperkenalkan negara baharu untuk Teyvat setahun sekali.

Genshin Impact juga akhirnya akan memperkenalkan elemen terakhir dalam Genshin Impact yang masih belum keluar iaitu elemen Dendro (Elemen Flora).

Sebelum ini hanya satu reaksi elemental sahaja yang ada untuk Dendro iaitu Burning (Pyro+Dendro).

Tiga karakter baharu juga diperkenalkan dari Sumeru dan boleh dimain nanti dalam Genshin Impact.

Tighnari

Tighnari (Photo: HoYoverse)

Tighnari adalah karakter Lima Bintang Elemen Dendro dengan senjata busur.

Dikenali sebagai Verdant Strider dan Avidya Forest Watcher dengan konstelasi Vulpes Zerda.

Tighnari berkemungkinan besar adalah karakter Dendro DPS pertama yang akan diperkenalkan.

Collei

Collei (Photo: HoYoverse)

Collei adalah karakter Empat Bintang Elemen Dendro dengan senjata busur.

Dia adalah karakter yang penting dalam komik prekuel Genshin Impact.

Collei sebelum ini diculik dari keluarganya oleh Fatui dan dijadikan eksperimentasi untuk Archon Residue yang dibuat oleh Harbinger jahat Dottore.

Berkemungkinan besar Collei akan mempunyai beberapa kuasa yang lebih kurang sama dengan Amber.

Dori

Dori (Photo: HoYoverse)

Dori adalah karakter Empat Bintang Dendro dengan senjata Claymore.

Dia adalah seorang peniaga di Sumeru dan mempunyai konstelasi Magicar Lucerna.

Dori juga dikatakan adalah karakter penyembuh yang akan membantu anda semasa berlawan.

Apa yang kita tahu setakat ini Sumeru akan datang dalam kemas kini 3.0 dan berkemungkinan besar akan keluar pada lewat Ogos ini selepas versi terakhir 2.8.

RELATED NEWS

+