Steam judul tersebut iaitu pada 23 September ini."> Steam judul tersebut iaitu pada 23 September ini." /> Steam judul tersebut iaitu pada 23 September ini." />

Kemaskini percuma Untitled Goose Game memperkenalkan mod multi-pemain

Untitled Goose Game akan menerima sebuah kemaskini percuma yang memperkenalkan mod multi-pemain dua orang. Ia akan dilancarkan pada tarikh yang sama dengan versi Steam judul tersebut iaitu pada 23 September ini.

Mod multi-pemain ini membenarkan lagi seorang pemain untuk menyertai anda dalam misi anda untuk memporak-perandakan kehidupan manusia di kawasan perkampungan. Keseluruhan permainan ini boleh dimain secara multi-pemain.

Jika anda sudah memiliki Untitled Goose Game di PC (Epic Games Store), PlayStation 4 (PS4), Xbox One, dan Nintendo Switch, anda akan menerima kemaskini ini secara percuma. Pembeli di Steam akan menerimanya pada hari pelancaran.

Bagi yang anda sudah lama meninggalkan Untitled Goose Game, mungkin kemaskini ini akan membuatkan anda kembali untuk bermain sekurang-kurangnya sekali lagi.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+