Dota 2: Sumail kini bersama Team Nigma

Sumail adalah salah seorang pemain terkenal dengan kemahiran mekanik yang tinggi di dalam permainan video Dota 2.

Jejaka berusia 23 tahun ini pernah menggegarkan pentas dunia ketika dia mempamerkan kemahirannya menggunakan Storm Spirit di International 5.

Selain itu, dia juga adalah antara pemain termuda yang pernah mengangkat aegis of champions seawal usia 16 tahun! Kini Sumail diumumkan akan menyertai Team Nigma untuk menguatkan lagi pasukan itu.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Nigma Galaxy (@teamnigma)

Kemasukan Sumail ke dalam pasukan adalah untuk menggantikan posisi ILTW yang diumumkan keluar dari pasukan sebelum ini. Adakah Sumail akan memberikan impak yang besar di dalam Team Nigma? Kita bakal saksikan tidak lama lagi.

RELATED NEWS

+