dikeluarkan dari pasukan RSG Malaysia sebelum sempat menamatkan satu musim. Dia menyertai pasukan itu semenjak bulan Julai dan mula bermain untuk MPL Malaysia musim kelapan."> dikeluarkan dari pasukan RSG Malaysia sebelum sempat menamatkan satu musim. Dia menyertai pasukan itu semenjak bulan Julai dan mula bermain untuk MPL Malaysia musim kelapan." /> dikeluarkan dari pasukan RSG Malaysia sebelum sempat menamatkan satu musim. Dia menyertai pasukan itu semenjak bulan Julai dan mula bermain untuk MPL Malaysia musim kelapan." />

Kenapa Mom keluar RSG? Ini jawapan pengurus pasukan – Zawir

Baru-baru ini Adib Rusydi “Mom” Ahmad Tarmizi  dikeluarkan dari pasukan RSG Malaysia sebelum sempat menamatkan satu musim. Dia menyertai pasukan itu semenjak bulan Julai dan mula bermain untuk MPL Malaysia musim kelapan.

Namun begitu, keputusan perlawanan tidak menyebelahi pasukan RSG Malaysia apabila mereka di dalam fasa losing streak. Kehadiran Leixia untuk menggantikan Mom kembali sedikit sebanyak membantu pasukannya meningkatkan momentum kembali.

Pengurus Pasukan RSG MY, Mohamad Zawir Zakari berkata faktor ini atas dasar kurang keserasian antara pasukan.

“Dari sudut pandangan saya, Mom dikeluarkan atas ketidakserasian corak permainan antara pasukan. Walaupun persahabatan di luar permainan mereka akrab akan tetapi keserasian di dalam permainan sukar dibentuk,” katanya ketika dihubungi MyGameOn.

“Ini adalah salah satu faktor Mom dikeluarkan. Kami memberikan pelepasan awal kepadanya kerana mungkin ada beberapa pasukan yang berminat untuk mengambil beliau bermain. Ini kerana jendela perpindahan pemain yang terakhir di MPL MY S8 ialah 21 September ini,” tambah beliau.

Seperti yang netizen menjangkakan, sememangnya Mom tidak begitu berjaya mendapatkan keserasian bersama pasukannya. Pihak RSG MY memberikan peluang kepada Mom untuk diambil alih oleh pasukan lain. Diharap Mom akan menjumpai pasukan yang baru dan dapat membina keserasian dengan pasukannya. 

Dalam perkembangan lain, marilah kita sama-sama mendoakan kesihatan ibu Leixia kembali seperti sedia kala. Syafakillah ibu Leixia.

RELATED NEWS

+