Kenapa posisi Jungler/Hyper sangat penting di dalam pasukan?

Setiap pasukan di dalam Mobile Legends akan mempunyai role masing-masing dan role ini memainkan peranan yang sangat penting untuk memenangi perlawanan.

Jungler atau Hyper adalah peranan yang paling penting di dalam pasukan. Mereka akan farm di dalam jungle selama 5 minit di dalam permainan disebabkan exp dan gold di jungle akan berlipat ganda untuk jungler.

Manakala, exp dan gold di lane akan dikurangkan untuk jungler di dalam tempoh masa itu. Fokus jungler di dalam permainan adalah mendapatkan turtle dengan menggunakan retribution

Jungler yang berjaya mendapatkan turtle akan mendapatkan turtle buff di mana ia akan memberikan shield dan extra attack power magic power.

Selepas berjaya mendapatkan turtle buffjungler sudah boleh bergerak secara agresif di dalam peta. Melakukan rotasi dengan bantuan roamer.

Boleh dikatakan peranan jungler ini sangat penting dan jika jungler anda tidak berjaya mendapatkan objektif dengan betul, maka peluang anda untuk tewas permainan itu amat tinggi.

Antara jungler yang menjadi pilihan dan meta ketika ini adalah Granger, Alucard, Aulus dan Roger. Keempat-empat hero ini mampu memberikan burst damage yang tinggi.

Selain itu, antara item yang penting untuk dibuat menggunakan jungler adalah War Axe yang wajib untuk jungler yang menyerang dari jarak dekat.

Manakala Windtalker dan Endless Battle pula melengkapkan lagi kekuatan jungler sedia ada. Untuk fasa late game pula, Blade of Despair dan Malefic Roar adalah pilihan terbaik bagi menghancurkan turret dengan pantas.

Kesimpulannya, setiap pasukan perlu mempunyai seorang sahaja jungler atau hyper. Ini kerana, pada 5 minit awal permainan, mereka harus farming di dalam hutan bagi mendapatkan kelebihan penuh posisi itu.

Jika ada 2 jungler di dalam pasukan, ia akan mencacatkan corak permainan pasukan itu kerana terpaksa bersaing untuk mendapatkan buff. Elakkan perkara ini dalam rank, jika ahli pasukan anda tidak mahu mengalah dan mereka mahu bermain jungler. Anda boleh memilih posisi lain seperti fighter di exp lane atau marksman di gold lane.

Foto: Makinig, DeviantArt

RELATED NEWS

+