Pengulas PUBG Mobile berkongsi kenapa ramai orang bermain MLBB

MLBB dan PUBG Mobile adalah dua genre permainan yang berbeza.

Apabila seorang pemain PUBG Mobile bermain MLBB, ia adalah satu pengalaman yang lain buatnya.

Topcast adalah seorang pengulas dan streamer yang bermain PUBG Mobile.

Baru-baru ini, dia memuat naik sebuah video berkongsi kenapa ramai orang bermain MLBB.

@topcasttiktok

Betul tak korang rasa?

♬ original sound – Topcast

Menurutnya, salah satu sebab ramai orang gemar bermain permainan MOBA itu adalah PUBGM banyak memerlukan nasib yang baik.

Ini kerana PUBGM menggunakan sistem bulatan di mana jika anda berada di luar bulatan itu, anda boleh terkena damage yang banyak dan mati.

“Kau punya Draft Pick sangat penting. Bila ia tidak melibatkan nasib, ia melibatkan skill kau,” ujar Topcast.

Dia berpendapat bahawa isu lag, spesifikasi telefon pintar dan grafik dalam permainan tidak menjadi faktor yang besar ketika bermain MLBB.

Tambahan pula, jika anda bermain PUBGM dan di dalam situasi anda mati awal dan ahli pasukan masih hidup, anda perlu menunggu ahli pasukan yang lain sehingga mereka tamatkan perlawanan itu.

Berbeza dengan MLBB, jika anda mati 10 kali pun, anda masih boleh bermain bersama-sama dengan ahli pasukan yang lain sehingga tamat perlawanan.

Video itu mendapat banyak tontonan dan komen tetapi ada satu komen menyatakan bahawa MLBB juga perlukan nasib yang baik terutama sekali jika anda bermain seorang diri berbanding PUBGM.

Topcast menjawab semula kenyataan itu dengan menyatakan bahawa kenyataan dia sebelum ini dilihat dari perspektif kompetitif di mana Draft Pick serta mikro dan makro itu sangat penting.

“Kalau kau betul-betul pandai, kau tak perlukan nasib untuk menang,” tambah Topcast.

 

@topcasttiktok Replying to @SpyC ♬ original sound – Topcast

RELATED NEWS

+