“Komuniti VALORANT ada tapi tak ada pihak nak kembangkan,” – TashBunny

Hos dan pengulas VALORANT, TashBunny menganggap bahawa komuniti VALORANT di Malaysia tidak mendapat banyak perhatian terutama sekali di peringkat kompetitif.

Pemilik nama Natasha Hashim ini menambah, komuniti Valorant di Malaysia sebenarnya lebih besar dari yang disangkakan namun ia tidak diberi banyak perhatian dari pelbagai pihak.

Dia turut menggangap bahawa acara komuniti yang dijalankan beberapa pihak dijalankan dengan ala kadar.

“Acara komuniti seperti sambil lewa macam Liga eMAS yang tidak memberi usaha dalam melakukan acara,” ujarnya.

Tambahnya pula, Malaysia mempunyai banyak bakat dalam VALORANT namun baginya ramai pemain seperti berpuak terutama sekali mengikut bangsa masing-masing.

Dia turut menjelaskan bahawa ramai ahli komuniti VALORANT di Malaysia tidak mengetahui tentang pertandingan yang diadakan.

Dia menambah bahawa mereka hanya mengenali VALORANT Champions Tour (VCT) yang besar seperti VCT Pacific serta VCT Masters yang baru sahaja tamat.

“Kita (VALORANT) ada banyak pertandingan tempatan terutama sekali VCT Malaysia dan Singapura (MYSG),” tambahnya.

TashBunny memohon kepada pihak penganjur untuk memberikan kesedaran mengenai acara ini supaya ia boleh menarik minat komuniti untuk menonton dan menyokong pasukan Malaysia.

Baginya, dia berharap bahawa banyak acara yang memfokuskan kepada pembangunan akar umbi serta banyak acara tempatan.

Jika banyak pertandingan profesional dianjurkan di Malaysia, dia turut bercadang untuk membuang had di mana pemain profesional tidak boleh bermain untuk acara itu.

“Pihak penganjur perlu berikan peluang kepada semua pemain untuk bertanding di peringkat profesional tanpa mengira jika mereka sudah menjadi profesional atau belum,” ujarnya/

TashBunny berpendapat bahawa jika tiada saingan untuk pemain yang lebih baik, macam mana pemain lain mahu menambah baik prestasi mereka.

Akhir sekali, dia berharap bahawa banyak acara komuniti yang boleh mengajak atau memupuk minat pemain baharu terhadap VALORANT.

Foto: Instagram @tashbunny / Facebook

RELATED NEWS

+