Kenapa Wannn tak ikut MSC 2021? Ini jawapan Zeys

Indonesia: Seperti yang kita tahu, Muhammad “Wannn” Ridwan sudah lama tidak lihat kelibatnya di Liga Profesional Mobile Legends (MPL Indonesia) musim ketujuh.

Malah, pemain EVOS Legends ini dikhabarkan pula tak akan bermain di Piala Asia Tenggara (MSC 2021).

Kenapa? Ini jawapan Zeys.

“Wannn masih berehat dari kompetitif. Apabila beliau sudah sedia, pastinya beliau akan bermain sekali lagi bersama EVOS Legends. Mungkin untuk musim kelapan?

“Tak adil juga kalau kami tiba-tiba minta dirinya main untuk pasukan. Jadi cuba hormati keputusannya. Kalau beliau kembali, pastinya dalam keadaan bersedia,” kata Zeys.

Menurut laporan ONE Esports, ini juga kehendak Wannn sendiri yang mana beliau masih ingin terus berehat.

Terdahulu, Wannn hanya bermain di minggu pertama MPL ID  S7 dan kemudian berehat sejak minggu kedua sampai tamat kerana isu burnout.

Namun, EVOS Legends menemukan jawapan ketiadaan hyper carry dengan adanya Ferxiic, pemain muda yang membawakan posisi jungler.

Pemain dari MDL ID itu sudah banyak kali membantu EVOS Legends konsisten, sekali gus memenangi liga musim ketujuh itu.

Wannn kini berada di kampung halamannya, Pontianak, Indonesia dan masih aktif melakukan penstriman langsung.

RELATED NEWS

+