OSIM. Ia dianggarkan akan dihantar pada penghujung bulan Oktober ini."> OSIM. Ia dianggarkan akan dihantar pada penghujung bulan Oktober ini." /> OSIM. Ia dianggarkan akan dihantar pada penghujung bulan Oktober ini." />

Kerusi urut gaming pertama di dunia telah tiba di Malaysia, kini boleh dipra-tempah

Kerusi urut gaming Acer Predator x OSIM kini telah dilancarkan di Malaysia dan pemain di sini boleh mula pra-tempah kerusi tersebut melalui laman web rasmi OSIM. Ia dianggarkan akan dihantar pada penghujung bulan Oktober ini.

Ciri unik kerusi ini ialah ia mempunyai empat penggelek yang dipasang untuk memberi pengalaman urutan yang hebat. Kawalan untuk fungsi urut dibuat melalui alat kawalan yang terletak di tempat letak tangan sebelah kanan. Ia juga mempunyai dua pembesar suara Bluetooth di bahagian sandaran kepala.

Seperti kebanyakan kerusi gaming lain, kerusi Acer Predator x OSIM boleh dibaringkan sehingga 145 darjah dan tempat letak tangannya juga boleh diselaraskan mengikut keselesaan pemain.

Terdapat dua pilihan warna untuk produk ini. Kedua-duanya menggunakan hitam sebagai warna utama, cuba perbezaannya adalah warna sekunder. Satu pilihan ialah warna biru dan satu lagi ialah warna hitam.

Kerusi ini kini boleh dipra-tempah pada harga RM2,399 (harga biasa RM4,899). Untuk pengetahuan semua, ini adalah lebih kurang sama dengan harga pelancaran kad grafik Nvidia GeForce RTX 3070 Founders Edition. Ia juga lebih mahal daripada unit baharu konsol PlayStation 4 Pro (PS4 Pro) yang berharga sekitar RM1,799.

Jika anda sudah mempunyai konsol atau gaming PC yang hebat, mungkin anda boleh gunakan wang berlebihan untuk membeli kerusi gaming yang (menurut OSIM) dijaminkan untuk menjaga tulang belakang anda dengan baik.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+