Ketibaan Alatreon Di Monster Hunter World: Iceborne Ditunda

Salah satu perkara yang bagus tentang Monster Hunter World: Iceborne ialah para pemainnya sentiasa menerima kandungan baru melalui kemaskini percuma. Malangnya, kemaskini yang seterusnya telah ditunda akibat pandemik COVID-19.

Capcom (pembangun Monster Hunter World) telah mengeluarkan kenyataan untuk menerangkan bahawa kemaskini yang bakal memasukkan raksasa baharu iaitu Alatreon ke Monster Hunter World: Iceborne telah ditunda sehingga masa yang tidak ditetapkan.

Lakonan suara untuk Bahasa Itali, Bahasa Perancis, dan Bahasa Sepanyol juga terjejas akibat situasi ini. Ini memaksa Capcom membuat keputusan untuk tunda kemaskini ini agar ia dapat disiapkan dengan baik.

Pada waktu yang sama, Capcom akan memanjangkan tempoh untuk melakukan Event Quests Monster Hunter World dan Monster Hunter World: Iceborne pada masa yang akan datang.

Kemaskini yang memperkenalkan Alatreon sebelum ini dijadualkan untuk tiba pada Mei 2020. Baru-baru ini, Capcom telah mengeluarkan kemaskini yang memperkenalkan Master Rank Kulve Taroth dan pada 1 Mei 2020 nanti, Arch-Tempered Namielle pula akan diperkenalkan.

Sumber: Capcom

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+