Francais Monster Hunter kini terjual sebanyak 100 juta unit sejak munculnya francais ini 20 tahun lepas.
Dua permainan Monster Hunter yang terjual dengan sangat laris adalah Monster Hunter World dan Rise.
Strategi Capcom untuk memberi fokus kepada penjualan digital dan kepada pelbagai pelantar akhirnya meningkatkan populariti Monster Hunter.
Dikeluarkan pada tahun 2004 untuk pelantar PlayStation 2, Monster Hunter antara siri permainan video oleh Capcom yang mengutamakan pemprosesan PS2 dan keupayaan atas talian.
Seperti dilaporkan Push Square, Monster Hunter World terjual sebanyak 25 juta unit dan Monster Hunter Rise terjual sebanyak 15 juta unit termasuk 8 juta untuk expansion Sunbreak.
Dengan pengumuman Monster Hunter Wilds yang akan hadir tidak lama lagi, nampaknya francais Monster Hunter bakal menjadi lebih besar lagi.