“Keunikan pasukan Todak dari segi drafting dan gameplay, pihak lawan akan pening,” – Moon

Moon atau nama sebenarnya Zikry Shamsuddin adalah salah seorang pemain profesional untuk pasukan Todak dan sering digelar sebagai raja mage Malaysia oleh komuniti MLBB.

Baru-baru ini kita dapat lihat pasukan Todak tidak membawa masuk Moon oleh kerana dia sibuk dengan urusan perkahwinan serta dijadikan sebagai supersub seperti yang dimaklumkan oleh jurulatih pasukan iaitu Azim.

Kami dari pihak MyGameOn menemu bual Moon dan menanyakan tentang kehidupannya selepas bergelar seorang suami. Menurut Moon, tiada sebarang kekangan untuk kekalkan kerjaya sebagai pemain profesional.

“Daripada segi kekangan itu tiada akan tetapi kehidupan saya agak berbeza oleh kerana sudah mempunyai tanggungjawab selain daripada diri sendiri,” ujar Moon.

Moon juga memaklumkan bahawa dirinya kini berubah ke role flex di dalam pasukan Todak.

“Boleh dikatakan, saya sudah berubah menjadi pemain flex disebabkan perubahan corak permainan yang dibawa oleh pasukan Todak,

“Kemungkinan nanti saya tidak akan bermain sewaktu playoff akan tetapi apa sahaja boleh terjadi seawal dua minit sebelum permainan,” kata Moon.

“Todak sentiasa dapat memeningkan pihak lawan dari segi drafting dan juga corak permainan, perkara itu menjadi keunikan pasukan Todak,” ujar Moon ketika ditanya tentang kelebihan yang dimiliki oleh pasukan Todak untuk mewakili Malaysia sekali lagi ke Kejohanan Dunia M4 nanti.

Selain itu, Moon juga memaklumkan bahawa mereka perlu berhati-hati terhadap semua pasukan yang masuk bertanding di peringkat playoff. Ini kerana setiap pasukan mempunyai strategi yang berbeza untuk bermain di playoff, pasti akan ada kejutan dari segi drafting nanti.

Ketika ditanya tentang keserasian Ciku yang menggantikan tempatnya untuk bermain bersama Rival, Moon berkata ianya akan datang secara automatik.

“Disebabkan hampir semua strategi dibuat oleh Azim dan Ciku jadi keserasian (Ciku dan Rival) itu akan datang secara automatik.

“Untuk peminat Todak dan Moon di luar sana, terima kasih banyak-banyak kerana selalu sokong kami tidak kira jatuh dan bangun pasukan Todak,

“In shaa allah, Moon akan bermain kembali di dalam MPL dan akan memberikan saingan yang lebih baik dari sebelumnya. Teruskan menyokong kami,” akhiri Moon.

Foto: MOONTON Games

RELATED NEWS

+