Keuntungan Fortnite Menurun Pada 2019 Tapi Masih Lagi Tinggi

Fortnite masih untung walaupun keuntungan tersebut merudum sedikit sejak 2018.

Mengikut rekod yang dikeluarkan oleh SuperData, Fortnite memperoleh keuntungan sebanyak AS$1.8 bilion pada tahun lepas, kurang berbanding AS$2.4 bilion pada tahun 2018 tapi ia mencatatkan AS$200 juta lebih dari pesaing terdekatnya, Dungeon Fighter Online dari Nexon.

Jika dua tahun lepas Fortnite menjadi fenomena dan dimainkan kerana faktor viral, tahun lepas menyaksikan permainan video ini akhirnya mencapai fasa stabil. Pada tahun lepas, Epic Games (pembangun Fortnite) berkolaborasi bersama Marshmello, John Wick dan Avengers untuk memberikan kandungan baru kepada peminat permainan ini.

Selain itu, ia juga mempromosikan Star Wars secara besar-besaran. Ini membuatkan Fortnite lebih seronok dimainkan selain menggalakkan pengguna membelanjakan wang untuk membeli Battle Pass dan barangan kosmetik yang juga pendapatan utama permainan video ini.

SuperData juga mencatatkan jumlah pemain Fortnite kurang dari League of Legends tapi ia lebih berjaya dari segi pembelian in-game-items dari pemain.

Buat tahun 2020 ini, Fortnite akan jadi lebih stabil dan menyajikan kandungan terbaru kepada peminatnya.

(Sumber: TheVerge)

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+