Klon VALORANT, Hyper Front akan ditutup bulan ini

Hyper Front adalah permainan video tembak-menembak yang dibangunkan oleh NetEase Games.

Nampaknya, permainan ini bakal menutup operasi pada 10 April.

Setakat ini juga masih belum ada apa-apa kenyataan rasmi mengenai sebab penutupan permainan ini.

Permainan ini mendapat banyak kritikan dari orang ramai kerana terlalu meniru VALORANT dari pelbagai aspek.

Banyak fungsi permainan dalam Hyper Front yang hampir sama dengan VALORANT seperti rupa karakter dan beberapa kuasa mereka dan smoke.

Penutupan Hyper Front ini berkemungkinan kerana kurang pemain aktif atau apa-apa masalah akta hakcipta.

RELATED NEWS

+