Syarikat besar permainan video, Riot Games mengumumkan mereka akan memberhentikan 530 pekerja mereka bersamaan 11% jumlah pekerja mereka.
Riot Games membuat pengumuman ini di laman rasmi Riot Games.
Minutes ago, we shared an important update with Rioters about the future of Riot Games. Here’s what these changes mean for our games and what players can expect from us going forward: https://t.co/SPjvtANGdK pic.twitter.com/WGSr6fkvjp
— Riot Games (@riotgames) January 22, 2024
Menurut Riot Games, mereka mahu memberi fokus kepada bahagian yang memberi impak terbesar dengan mengurangkan bajet untuk perkara yang tidak memberi impak.
“Kos kian meningkat sehingga satu tahap kami tiada masa untuk bereksperimentasi atau gagal — sesuatu yang penting dalam syarikat kreatif seperti RiotGames,” ujar Dylan Jadeja (Ketua Pegawai Esekutif Riot Games).
“Kepada semua Rioters yang diberhentikan, kami memohon maaf,” tambah Dylan Jadeja.
Setiap pekerja yang diberhentikan bakal mendapat wang pampasan sebanyak enam bulan dan layak untuk mendapat bonus wang tunai.
Keputusan ini juga dibuat bukan untuk menarik minat mana-mana pelabur tetapi keputusan ini wajar dibuat.