Secretlab lancarkan kerusi gaming kolaborasi bersama Paper Rex

Secretlab baru-baru ini melancarkan Secretlab TITAN Evo Edisi Paper Rex.

Kolaborasi ini sempena kemenangan Paper Rex semasa VCT Pacific 2023.

Secretlab juga adalah rakan kongsi rasmi bagi Paper Rex.

Kerusi gaming khas versi Paper Rex ini sudah pun diuji dan disahkan oleh pakar ergonomik.

Peminat-peminat Paper Rex kini boleh memiliki kerusi Secretlab TITAN Evo Paper Rex Edition dan penjualan kerusi ini adalah terhad.

Semua peminat juga bakal merasakan kerusi yang sama Paper Rex guna semasa latihan.

Kerusi Paper Rex ini mengambil inspirasi dari warna ikonik jersi pertama Paper Rex dengan tema elektrik merah jambu serta motif biru dibahagian tepi.

Gambar dari Secretlab

RELATED NEWS

+