Konami batal kontrak bersama Griezmann, isu memperlekehkan seorang pekerja bangsa Jepun

Konami hari ini sudah membatalkan kontrak bersama pemain pasukan bolasepak FC Barcelona atas dasar pasukan itu mempersendakan seorang pekerja di sebuah hotel Jepun.

Seperti yang dilaporkan oleh ESPN, terdapat satu video dari tahun 2019 sudah muncul di mana Antoine Griezmann dan ahli pasukannya Ousmane Dembele mentertawakan seorang pekerja di sebuah hotel Jepun.

Griezmann memberikan kenyataan pada Isnin lalu melalui akaun twitter beliau berkenaan isu itu. “Saya sentiasa komited dan tidak akan berkompromi di dalam sebarang bentuk diskriminasi.

“Sejak beberapa hari kebelakangan ini, banyak orang ingin menjadikan diri saya bukan macam diri saya sendiri. Saya dengan tegas membantah tuduhan yang dibuat ke atas saya dan saya meminta maaf sekiranya perbuatan saya menyinggung perasaan rakan Jepun saya.” ujar beliau.

Respons terhadap video itu, Konami berkata “Konami Digital Entertainment percaya di dalam sebuah falsafah sukan, apa-apa bentuk diskriminasi tidak akan diterima. Kami sudah mengumumkan Griezmannn sebagai duta Yu-Gi Oh! namun selepas kejadian ini berlaku, kami memutuskan untuk membatalkan kontrak itu,”

Konami adalah pemilik eFootball PES francais dan juga rakan kongsi Barcelona sejak tahun 2016. Penerbit itu meminta kelab bola itu untuk menerangkan tentang perkara ini dan tindakan yang akan diambil di masa akan datang.

Sumber rujukan: gamesindustry.biz

RELATED NEWS

+