Memperkenalkan Atuk Gamer berusia 93 tahun – dari pemandu teksi ke pemandu virtual

Siapa kata usia menjadi penghalang untuk anda melakukan perkara yang anda suka?

Dalam video di atas menunjukkan beliau bermain Asseto Corsa dengan membawa kereta Mazda Savana Rx7 yang juga kereta yang pernah dimilikinya 20 tahun lepas.

Atuk yang tinggal di Tokyo, Jepun yang berusia 93 tahun ini adalah bekas pemandu teksi yang kini bersara.

Beliau sebenarnya diajak oleh cucunya untuk cuba bermain permainan video lumba.

93-Year-Old YouTuber From Tokyo is Addicted to Racing Games--His Skills Are Unbelievable!

Beliau juga sangat sukakan permainan video berlumba.

Dengan kerusi gaming yang ada atuk lumba juga menggunakan kereta-kereta klasik yang mahal seperti Ferrari, Lamborghini dan juga Nissan GTR.

Menurut Kotaku, cucu kepada atuk ini mendapat idea untuk memberi atuknya perasaan nostalgia.

Cucunya juga memberi setup baru untuk atuknya dengan televisyen baharu untuk bermain permainan video dan juga peralatan aksesori yang baru.

Ramai orang di Youtube juga banyak membuat permintaan untuk Atuk Gamer teruskan bermain.

Malah ada yang memberitahu mahu menjadi seperti Atuk apabila pencen dan tua nanti.

Jadi betullah, usia bukan penghalang untuk bermain permainan video.

RELATED NEWS

+