Yu-Gi-Oh! (YGO) dari Konami adalah permainan kad yang sudah lama wujud dan ramai peminat-peminat YGO masih menunggu permainan video YGO yang baik.
Yu-Gi-Oh! Master Duel baru sahaja keluar 18 Januari lepas dan kini menjadi satu permainan video YGO yang ramai main dan digemari semua peminat TCG YGO.
Walaupun tiada karakter-karakter dari YGO seperti Yugi, Joey dan Kaiba seperti Yu-Gi-Oh! Duel Links, tetapi kali ini Master Duel membawa hampir lebih 10,000 kad yang pelbagai dan memenuhi semua kriteria YGO termasuk dari format TCG (Barat) dan OCG (Jepun & Asia)
Malah Master Duel mempunyai semua jenis summon Ritual, Synchro, XYZ, Pendulum dan Link.
Terdapat banyak jenis archetype untuk dicuba semua dengan cara bermain yang berbeza-beza.
Sebelum anda bermula anda akan diberikan tutorial untuk cara-cara bermain YGO dan sudah pasti permainan akan ajar mengenai hampir semua mekanik YGO yang perlu anda tahu.
Boleh dikatakan Master Duel adalah sangat-sangat mesra F2P tetapi anda perlu betul-betul menjaga penggunaan gems untuk membuat satu dek baru.
Adalah lebih baik anda berhati-hati dalam memilih deck yang anda mahu.
Terdapat pelbagai jenis deck yang anda boleh pilih jadi pilihlah yang paling anda suka.
Yang penting deck itu juga perlu kompetitif dan boleh berlawan dengan orang lain.
Jom jadi Duelist terbaik di Master Duel!
Permainan ini juga boleh dimuat turun di hampir semua pelantar di iOS, Android, PlayStation 4, Xbox One, PlayStation 5, Nintendo Switch, Microsoft Windows, Xbox Series X dan Series S.
Namun versi Android dan iOS masih belum dikeluarkan untuk pasaran Malaysia dan akan keluar tidak lama lagi.