Konami Digital Entertainment Limited kini telah mengumumkan pelancaran tahun baru bagi permainan bola sepak unggul mereka iaitu eFootball.
Pembaharuan ini juga membawa banyak tambahan untuk pemain dan pelbagai tahap kebolahan baharu.
KONAMI juga menambah lagi banyak kelab ikonik seperti Manchester United FC, FC Bayern Munchen, Internazionale Milano, AC Mila, Arsenal FC, dan FC Barcelona.
Permainan baharu juga akan memberikan gelecek dan pertahanan yang lebih baik dengan tindak balas kawalan yang lebih baik dari yang lepas.
Keputusan juga akan mendapat dengan sekelip mata di mana pemain boleh mengawal bola lebih dekat dan bahkan menjadikan gelecek lebih baik.
Boosters juga diperkenalkan untuk meningkatkan sifat-sifat pemain kegemaran mereka.
Boosters akan membolehkan pemain beraksi lebih dari parameter had 99 pemain kegemaran mereka.
Hal ini sekaligus meningkatkan kemahiran individu dan pemain dalam ‘Pasukan Impian’ anda sendiri.
Lionel Messi pula kekal sebagai Duta Global untuk eFootball dan mereka akan meneruskan kerjasama bersama dengan lagenda Argentina ini sebagai wajah kempen eFootball.
Jangan lupa cuba eFootball 2024 secara percuma di pelantar PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox Series X|S, Xbox One, Windows 10, Steam, iOS dan Android.