Konami tangguh lagi patch kemaskini eFootball

Selepas pelancaran eFootball yang dipenuhi 1,001 masalah pada Steam bulan lalu, Konami kali ini menangguh lagi patch kemaskini.

Konami sebelum ini  menjanjikan akan melancarkan tampalan 0.9.1 pada 28 Oktober ini tetapi sekali menangguh ke awal bulan November, sebagai langkah untuk “memastikan pengalaman ditambah baik untuk semua.”

Sebelum ini, Konami melancarkan eFootball bagi platform Steam dengan pelbagai isu dari segi grafik, mekanisme permainan yang banyak masalah dan pergerakan pemain yang menyeramkan. Hal ini sudah menyebabkan permainan bola sepak itu menerima review sebagai permainan paling teruk di Steam. 

eFootball kini hanya menerima rating positif 11% daripada 22,000 keseluruhan review.

Sumber: PC Gamer.

RELATED NEWS

+