Silent Hill 2 Remake dan Silent Hill: The Short Message diumumkan

Silent Hill 2 Remake akhirnya diumumkan di State of Play semalam.

Silent Hill: The Short Message juga diumumkan semalam sebagai permainan video percuma untuk PlayStation 5.

Silent Hill 2 Remake sudah lama menjadi tanda tanya ramai peminat Silent Hill dan akhirnya akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Grafik untuk Silent Hill 2 Remake  yang dinaiktaraf dan dimodenkan pasti akan membuat anda meremang.

Manakala untuk Silent Hill: The Short Message, anda akan bermain sebagai Anita, seorang wanita yang meneroka satu tempat digelar The Villa.

Nampaknya, Konami masih belum melupakan francais Silent Hill.

RELATED NEWS

+