Konsol Xbox edisi terhad ini lebih mahal dari sebuah Perodua Myvi

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Microsoft dan jenama fesyen mewah Itali, Gucci bekerjasama untuk Xbox Series X edisi khas.

Pakej bernilai sebanyak AS$10,000 (RM 41,595), yang termasuk konsol Xbox Series X, dua alat kawalan nirwayar, langganan Xbox Game Pass Ultimate dan beg pembawa buatan Gucci akan mula dijual pada 17 November, terhad kepada hanya 100 unit.

Setiap komponen Xbox edisi terhad ini sememangnya disuaikan dengan stail Gucci. Xbox Series X sendiri diukir dengan laser dengan reka bentuk Rhombi ikonik jenama itu yang dijelaskan oleh Gucci sebagai mempunyai makna ganda: ‘corak GG menjadi permainan kata-bukan sahaja mewakili nama Guccio Gucci tetapi juga frasa permainan ‘Good Game‘.

Tulisan ‘Good Game’ akan terpampang pada beg Gucci dan tulisan Xbox di belah lain, yang serupa gayanya dengan barisan beg bermodel Fake/Not Fake yang dikeluarkan Gucci pada musim luruh 2020.

Bahagian dalamannya menampilkan warna hijau Xbox dan petak untuk konsol dan alat kawalan. Beg serupa daripada barisan Fake/Not Fake Gucci berharga kira-kira AS$5,800 (RM24,000) pada tahun 2020, yang membantu menjelaskan kos tinggi bagi pakej Xbox tertentu ini.


Alat kawalan juga mempunyai jalur corak Gucci berwarna merah dan biru untuk melengkapkan reka bentuk.

Konsol edisi terhad ini berharga AS$10,000 (RM41,595) akan ditawarkan di mana-mana cawangan kedai jenama mewah di New York City, Beverly Hills, Mexico City, Milan, London, Berlin, Beijing atau Tokyo.

Sumber rujukan: Polygon

RELATED NEWS

+