Xbox Series X/S adalah konsol terlaris pada bulan Jun

Walaupun Nintendo sudah memperluaskan konsolnya, Switch sebagai platform hardware yang teratas dari hasil jualan pada bulan Jun, Xbox Series X/S masih dapat mengambil tempat di dalam carta itu sebagai konsol terlaris.

Seperti yang dikongsi oleh Mat Piscatella dari The NPD Group, Xbox Jun 2021 adalah hasil jualan yang terbaik untuk platform Xbox sejak Jun 2011. Prestasinya membantu penjualan dolar konsol itu sehingga melonjak sebanyak 112% berbanding bulan jun 2020 kepada AS$401 juta.

Selain itu, PS5 tidak mendapat tempat teratas dalam penjualan unit konsol pada bulan Jun, namun ia tetap menjadi konsol jualan terpantas dalam sejarah Amerika Syarikat selama lapan bulan di pasaran.

PS5 juga menjadi platform permainan terlaris pada bulan Jun iaitu Ratchet & Clank: Rift Apart. Pengembaraan terbaru Ratchet dan Clank juga mencapai penjualan yang tertinggi di dalam sejarah francais itu. Dua kali ganda dari pemegang rekod sebelumnya (Ratchet & Clank 2016).

Artikel ini diterjemahkan dari laman web rasmi IGN SEA. Anda boleh membaca artikel penuh di SINI.

RELATED NEWS

+