“Kontrak disambung sehingga tamat MSC,” – Alice (Orange Esports)

Dua pemain Orange Esports, Mohammad Harith (Born) dan Luk Jun Yip (Valenz) masih kekal bersama pasukan Mobile Legends itu.

Menurut pengurus mereka, Raz Ellysa Razali atau Alice, kedua-dua pemain ini adalah pemain asal Orange Esports jadi mereka kekal bersama organisasi.

“Mereka adalah pemain Orange jadi mereka masih bersama kami,” katanya ketika dihubungi MyGameOn.

Pada masa yang sama, pemain Team Haq yang berkolaborasi bersama Orange Esports, Minn, Mann, Garyy dan Lolla kini kembali ke pasukan asal mereka selepas selesai kejohanan MSC 2022 yang berlangsung di MITEC, Kuala Lumpur, baru-baru ini, menyaksikan skuad negara mendapat tempat kelima selepas tewas di tangan OMEGA dari Filipina.

“Kontrak hanya untuk satu musim MPL. Tapi rezeki pemain, mereka dapat raih tempat kedua yang sekaligus melayakkan mereka ke MSC. Jadi, kontrak disambung sehingga tamat MSC,” katanya.

Di kejohanan terdahulu, Orange Esports berjaya meraih gelaran naib juara di MPL MY musim kesembilan. Dari kekalahan berturut-turut sehinggalah kemasukan Garyy dan Valenz, pasukan itu berjaya menukar rentak kekalahan dan menunjukkan dominasi mereka di arena MLBB.

Sebagai naib juara, mereka mendapat slot ke MSC 2022.

MPL MY musim kesepuluh bakal membuka pendaftaran tidak lama lagi dan Orange mendapat kelebihan dengan mempunyai slot jemputan.

Siapa pemain baru yang akan mengisi lineup Orange Esports nanti? 

RELATED NEWS

+