Korang Dah Boleh Download Bleach Mobile 3D Sekarang – Layan Weh!

Admin pasti ramai gila yang minat Bleach — ada yang baca Manga sampai keluaran berapa dah, ada juga yang hari-hari tengok Anime Bleach tanpa jemu. Ramailah ternanti-nanti kalau game Bleach akan tiba di telefon pintar.

Hari ini, ia menjadi kenyataan kerana Bleach Mobile 3D yang dibangunkan oleh Kimi Entertainment dengan kerjasama KlabGames memang best gila dan sangat addictive!
Permainan yang dikeluarkan di iOS dan Android ini adalah hack and slash terbaru dan memaparkan karakter-karakter terkenal dalam Bleach seperti Ichigo, Origime, Rukia, Aizen, Hitsugaya dan ramai lagi!

Dari Gotei 13 berserta musuh-musuhnya seperti — Hollow, Aizen Sosuke dan Espada, semuanya terdapat dalam game mudah alih ini!

Bercerita dari pengalaman mencubanya, penulis rasa ia sangat mudah dimainkan. Selepas korang cipta karakter iaitu Ichigo, korang akan dibawa ke dalam tutorial melalui Rukia. Permainan ini mengikuti jalan cerita agak sama seperti manga di mana korang akan membunuh setiap Hollow dengan kuasa Shinigami dari Ichigo.

Pelbagai kuasa boleh didapatkan apabila level korang makin meningkat naik.

Selain rotasi 360 darjah dan lokasi yang pernah dilihat macam Klinik Kurosaki, Kedai Urahara, Soul Society, korang tak perlu ikuti misi yang linear dan straightforward. Korang boleh terokai setiap kawasan ini sama seperti dalam anime.

Selain itu, korang juga boleh upgrade kelengkapan, karakter dan menambah karakter baru! Dalam permainan ini juga ada banyak in-game event untuk korang cuba dan pelbagai ganjaran harian boleh dimiliki! Bosan dengan misi harian? masuklah mod multiplayer PVP, lawan boss secara langsung!

Download iOS: LINK

Download Android: LINK

RELATED NEWS

+