Mobile Legends Berkemungkinan Kolaborasi Dengan Anime Bleach?

Kolaborasi Moonton bersama syarikat pengeluar permainan video bukanlah perkara baru. Sebelum ini, mereka bekerjasama dengan SNK untuk menghasilkan skin King Of Fighters (KOF) bagi beberapa hero seperti Gusion, Aurora dan lain-lain dalam Mobile Legends: Bang Bang.

Kali ini, mungkin mereka akan kolaborasi bersama animasi Jepun, Bleach berikutan terdapat satu survey yang bertanyakan pemain-pemain mengenainya.

Mengikut barisan hero Mobile Legends sedia ada, sebenarnya hero ini sesuai untuk menjadi skin Bleach contohnya Alucard (Ichigo), Angela (Inoue), Aldous (Sado) dan ramai lagi.

Mungkin juga ia akan dilaksanakan dalam beberapa edisi seperti skin KOF. 

Walaupun survey ini sudah dikeluarkan sebelum tahun baru, pasti sudah ramai pemain ML yang mengambil bahagian dan memberi pendapat mereka.

(Sumber: DuniaGames)

RELATED NEWS

+