Kuasa grafik PS5 dipertontonkan dalam demonstrasi Unreal Engine 5

Dalam industri pembangunan permainan video, antara enjin yang banyak digunakan untuk membangunkan permainan video ialah Unreal Engine. Epic Games (pembangun Unreal Engine) telah mengeluarkan demonstrasi versi terbaru enjin tersebut untuk konsol PlayStation 5 (PS5).

Apa yang menarik tentang demonstrasi ini ialah ia berjalan sepenuhnya di sebuah PS5 dan boleh dianggap pertunjukkan pertama kuasa sebenar konsol tersebut. Dua teknologi baharu yang ditunjukkan dalam video demonstrasi Unreal Engine 5 adalah Nanite dan Lumen.

Nanite membolehkan artis visual memasukkan kualiti butiran yang sangat tinggi dalam setiap aset geometri. Lumen pula merupakan teknologi pencahayaan yang dinamik dan mampu menciptakan simulasi cahaya yang realistik.

Walaubagaimanapun, pelancaran Unreal Engine 5 masih jauh. Ia hanya akan dilancarkan pada tahun 2021. Oleh itu, permainan video yang dibangunkan pada waktu ini masih belum menggunakan teknologi yang ditunjukkan.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+