Dua bintang dari pasukan BTR, Kyy dan Renbo adalah antara duo yang tersohor di dalam arena e-sukan Mobile Legends. Mereka berdua mempunyai kemahiran rotasi yang cukup mantap untuk memberi bantuan kepada ahli pasukan yang lain.
View this post on Instagram
Diumumkan pada 2 hari yang lalu, Kyy dan Renbo sah dipanjangkan kontrak mereka di dalam pasukan itu ke tahun 2024. Keputusan itu dibuat berikutan prestasi kedua-dua duo ini cemerlang dalam melengkapkan kejayaan pasukan.
Muncul naib juara di musim ketujuh, BTR gagal menewaskan EVOS Legends ketika itu dengan skor 2-4. Namun begitu, semalam mereka baru sahaja menang El-Clasico dengan EVOS Legends 2-1.
Organisasi itu juga berharap dengan kontrak yang disambungkan, duo itu akan memberikan usaha mereka yang terbaik untuk pasukan dan membawa pasukan itu menjadi juara untuk musim kelapan dan seterusnya.